Monday, September 16, 2013

16 SEPTEMBER.. DIKENANG ATAS SEBAB YANG SALAH?

PERDANA MENTERI 16 SEPTEMBER
Tarikh 16 September adalah hari yang amat istimewa dan juga hari yang amat bermakna buat warga Malaysia kerana pada hari inilah kita menyaksikan penggabungan negeri negeri di kepulauan Borneo menyertai Tanah Melayu untuk membentuk satu negara Persekutuan yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia.

Pada tarikh ini jugalah kita dapat menyaksikan terkantoinya satu episod temberang mega yang dipelopori oleh seorang pemimpin yang selama ini menjadi duri dalam daging bagi keamanan dan keharmonian hidup rakyat di negara ini.

Pada malam hari menjelang 16 September dia (Anwar) dengan selambanya berpidato dihadapan para penyokongnya bahawa dia sudah menghantar wakil ke Putrajaya untuk menyerahkan surat kepada Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun). Surat yang kononnya meminta beliau menyerahkan 'kuasa' pemerintahan kepada PR dan melakukan transisi peralihan kuasa secara aman. Kelentongan tahap lawak jenaka yang disambut dengan sorakan dan teriakan gegak gempita dari mereka yang hadir pada malam itu. (lihat klip video dibawah)



Keunikkan Anwar ini dalam berkata kata walaupun berat autanya dia dengan muka selamba dan rileks melancarkan mukadimahnya. Mala bersungguh sungguh sedia untuk mempertahankan  apa saja madah dan butiran butiran ayat yang dia perkatakan. Siap bagi macam macam sebab dan alasan walaupun amat jelas dan ketara bohongnya. Tapi, itulah Anwar. Tipu dan temberang tiada berpisah. Kemana saja dia pergi dan dimana saja dia berada. Interaksinya selalu saja dengan kata kata yang disaluti dengan pembohongan dan penuh tipu muslihat.



Melihat pada gambar diatas dapat kita simpulkan betapa hebatnya penyokong PR ini. Kebolehan luarbiasa mereka menutup ruang di minda mereka untuk menerima kebenaran dan kenyataan sungguh mengkagumkan. Bagi manusia biasa yang berfikiran waras untuk menafikan logik akal memang mustahil. Umpama membohongi diri sendiri walaupun dilakukan bersungguh sungguh kita tetap tidak mampu melakukannya. Inilah dia benda yang mereka dok buat dan pratikkan selama ini hasil dari bimbingan dan tunjuk ajar Sifu mereka tidak lain dan tidak bukan siapa lagi kalau bukan si Ketua Penipu yang dok tengah meroyan sakan nak jadi PM tu!....

Pssst! Dah 5 tahun berlalu namun kehangatan cerita 16 September janji Anwar nak jadi PM masih lagi begitu terasa seolah olah baru sebentar tadi dia bercakap mengenainya. Yelah kan..! Janji yang gempak sehingga ke seantero dunia itu mana boleh dilupakan begitu mudah oleh rakyat Malaysia.

Hari yang menyaksikan pecah nya tembelang busuk si putar alam. Walaupun penyokong BN rata rata menganggapnya sebagai aksi 'Stunt' dari si desperado dan tidak begitu mengambil berat mengenainya. Tapi bagi pihak totok abadi PR mereka bukan sahaja begitu terangkat dan teruja mala mereka dengan membabi buta sekali percaya padanya.

Sungguh malang sekali walaupun dikencing dan diberak berulang kali oleh pemimpin PR, penyokong totok dengan minda tersumbat mereka masih lagi berterusan menyokong puak yang memalukan mereka. 

Kedegilan mereka untuk berada bersama berdampingan dengan peliwat minda dan jiwa raga mereka suatu hari nanti pasti akan membinasakan mereka jua. Bekas hitam dihati hasil dari hasutan dengan minda yang telah di'Brainwashed' secara berterusan menjadikan mereka ini semacam 'zombie'. Bibit bibit anarki dan kerosakkan sudah dapat kita saksikan dimerata tempat semenjak tertubuhnya pakatan haram ini. Tidaklah melampau kalau kita andaikan bahawa jika ianya berterusan tanpa sekatan kemusnahan yang lebih besar akan berlaku. Mampukah kita menghentikannya dari terjadi? Hanya masa sahaja yang dapat menentukannya dengan izin Tuhan. Tunggu dan lihat kesudahannya... SEKIAN!

DARI SUARA HATI INI.......