Monday, June 24, 2013

KEADAAN SEMAKIN KRITIKAL, DARURAT JEREBU DI ISYTIHARKAN.

Kebakaran hutan di Pulau Sumatera Indonesia semakin teruk dan telah pun merebak di beberapa lokasi baru di kepulauan itu. Tompok panas (hot spot) yang dirakam oleh satelit NOAA mendapati kawasan kebakaran itu kini mencatatkan peningkatan sekali ganda berbanding semalam.

Manakala  jiran republik itu di seberang Selat Melaka mengalami kesan teruk jerebu yang kini melanda di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Angin monsun barat daya yang bertiup dari Lautan Hindi menuju kearah Laut Cina Selatan memburukkan lagi keadaan.

Pembakaran hutan yang tidak terkawal di Sumatera Indonesia sememangnya menjadi duri dalam daging dalam hubungan serantau diantara negara negara berjiran Asia Tenggara sejak sekian lama apabila negara republik itu mula membuka tanah tanah di kepulauan itu untuk pertanian dan perladangan kormesial.


Sementara itu di Malaysia, Kerajaan telah pun mengisytiharkan 'Darurat Jerebu' berkuatkasa serta merta di beberapa lokasi di Semenanjung dimana bacaan IPU-nya di tahap kritikal dan yang boleh membahayakan kesihatan. Beberapa negeri di Semenanjung juga memberi cuti khas kepada pelajar pelajar sekolah bagi mengelakkan mereka dari jatuh sakit.

Bencana alam buatan manusia ini sememangnya telah banyak sangat menyusahkan negara negara di sekitar Asia Tenggara, namun jalan penyelesaian sering menemui jalan buntuh akibat kedegilan Indonesia. Budaya tebang dan bakar adalah amalan turun temurun masyarakat mereka dan sudah semestinya sukar bagi pemerintah republik itu mengubah cara hidup rakyatnya kerana ianya berkaitan dengan adat resam dan budaya suku kaum disana.


Bagi kita di Malaysia memang sudah biasa dengan pemandangan sebegini setiap kali pertukaran angin monsun berlaku. Kita dah boleh menjangkakan bila jerebu melanda dan dah tahu bagaimana caranya untuk berdepan dengan situasi berjerebu. Seolah olah ianya macam satu musim yang kita semua tahu akan muncul dan menghambat kita. Ianya dah jadi macam musim tengkujuh dan musim tengkujuh pula kini kita kategorikan sebagai musim penuh rahmat manakala musim jerebu pula kita anggap sebagai musim yang kita tak suka. Kita anggapnya macam musibah,bala dan apa saja gelaran tidak baik. Kedatangannya memang menggusarkan, kita semua benci jerebu kerana kesan daripada bawaan asapnya amat memeritkan. Macam macam penyakit akan muncul akibat dari jerebu.

Harapan besar kita di Asia Tenggara pada masa depan ialah supaya Kerajaan Kerajaan Asean akan dapat mencari jalan penyelesaian jangka panjang dan seterusnya menamatkan malapetaka buatan manusia ini dari menghambat keharmonian hidup kita. Kita bukannya 'air filter' yang azali-nya menapis segala kotoran debu dan asap dari seberang selat dan mereka juga bukannya pembekal oksigen semulajadi untuk kebergantungan kita bernafas seperti mana yang didakwa oleh seorang pemimpin seberang yang tidak mempunyai sensitiviti dan belas kasihan.

Inilah dia keratan akhbar kenyataan  Jurucakap Kerajaan Indonesia
yang dilihat terburu buru, yang kasar dan yang tidak berdiplomasi.....
Apabila kita sebagai tetangga yang seringkali menghirup asap beracun free dari jiran sebelah rumah yang seringkali sengaja membakar sampah sarap bila saja angin beralih tiupan kearah rumah kita, sudah semestilah kita akan sesekali hilang kesabaran dan akan menegur perbuatan tak bertanggungjawab sedemikian. Dan apa pula reaksi anda bila anda bertanya kepada anak jiran anda tentang bau hangit dan tengik asap dari bakaran sampah mereka dan dijawabnya kita seperti kenyataan akhbar diatas? Sudah tentulah kita akan marah kan!

Kesimpulannya di sini asap yang mereka kirim kemari bukan permintaan kita jadi kenapa harus biadap dan kurang ajar apabila memberi kenyataan. Kepada Jurucakap Kerajaan Indonesia berhemah dalam memberi kenyataan. Asap jerebu yang kamu hantar kemari melalui angin amat memeritkan kehidupan kami. Jangan tambahkan keperitan kami dengan kenyataan yang sebegini rupa. kita semua berada dalam keadaan yang merimaskan dan memerlukan sedikit rasa hormat sebagai pengubat rasa hati yang terhambat dari bahana jerebu buatan kamu.

SEKIAN DAN HARAP MAKLUM.

dari hati yang berbicara...

1 comment:

Anonymous said...

Indong mmg negara BODOH SOMBONG.. sbb tu tanah je besar rakyat berjuta2 tapi tak berubah jd elok dan maju..

Angkuh konon Oksigen mereka yg supply? mereka lupa nafas itu nikmat dr Tuhan, bukn dr mereka.
xperlu mereka laburkan kos apa2 untuk generate oksigen.

Tp hutan dibakar dgn sengaja. Celaka Indonesia!