Wednesday, June 26, 2013

KOLEKSI FOTO HIMPUNAN BLACK505,SIDANG PARLIMEN DAN PENGKISAHANNYA.

Seperti yang kita semua sedia maklum, perhimpunan haram black505 aka KL622 anjuran pakatan pembangkang gagal mencapai matlamatnya dan pemimpin pemimpin pembangkang  juga tidak jadi memboikot angkat sumpah Parlimen. Memang sudah dijangka dari awal lagi tujuan mereka melancarkan siri perhimpunan di merata tempat di negara ini hanyalah merupakan percubaan untuk menyembunyikan segala kelemahan kelemahan dan kepincangan yang menjadi sebab kekalahan mereka pada PRU13 lalu. Tujuan penubuhan Pakatan Rakyat adalah khusus untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, bukannya untuk kepentingan rakyat mahupun negara. Mereka tidak memiliki kuasa politik untuk mentadbir negara, jadi mereka tubuhkan PR untuk mendapatkan KUASA terlebih dahulu. Tetapi cara yang mereka praktikkan nampaknya memakan diri dan seterusnya menghampakan mereka. Di bawah ada di dipaparkan koleksi koleksi gambar yang di ambil di sekitar perhimpunan black505 dan juga gambar gambar yang diambil di sekitar parlimen semasa sesi mengangkat sumpah dijalankan.

AKTIVITI WAJIB RAMAI RAMAI BARING ATAS JALAN

TOPENG JEREBU KHAS PESERTA BLACKOUT505

PENDEMO BLACK505 YANG DIBERKAS KETIKA MELAKUKAN REMPUHAN DAN KEKACAUAN DI PERKARANGAN BANGUNAN PARLIMEN

PESERTA YANG KELETIHAN SEDANG BEREHAT DI BAWAH POKOK

GELAGAT AKSI BARING TEPI JALAN (Kalau baring kat tengah nanti mati kena langgar)
PENCETUS HURU HARA YANG DI BERKAS DI PERKARANGAN PARLIMEN

PEGAWAI POLIS YANG CEDERA DITUMBUK OLEH SAMSENG BLACK505
KASIHAN!!!! BUDAK OKU YANG DI PERALATKAN
PERBICANGAN DARI HATI KE HATI DIANTARA DS NAJIB DAN DSAI (SANDIWARA)

AWANG IMPORT BLACK 505
PEMANDANGAN PADANG MERBOK DARI UDARA (WAH! RAMAINYA ORANG!)


KHEMAH KHEMAH HARAM YANG DIDIRIKAN DI ATAS PADANG MERBOK

KREATIF!  BENDERA PAS YANG DITAMPALKAN DENGAN LAMBANG ROKET DAP
DS ANWAR IBRAHIM MENGANGKAT SUMPAH 

AHLI YANG BERHORMAT TENGAH SEMBANG SAMBIL MINUM MINUM

Dengan menyaksikan sendiri paparan paparan fotografi diatas dengan jelas kita mengetahui serba sedikit kronologi himpunan blackout505 atau lebih tepat lagi jika ianya dipanggil himpunan KL622 + PARLIMEN624. Bagi pendapat saya tujuan sebenar himpunan ini diadakan adalah satu perancangan yang rapi yang dikhaskan untuk mencetuskan keadaan tidak tenteram supaya sidang Parlimen ditangguhkan. Apabila penangguhan Parlimen terjadi lanskap atau keadaan persekitaran politik negara sudah pasti akan berubah dan ini akan menjadikan mereka lebih popular. Bila populariti mereka dah melonjak maka mudahlah buat mereka merencanakan agenda mereka yang seterusnya dengan menggunakan populariti untuk meraih sokongan rakyat supaya turun bersama sama mereka ke jalan jalanraya dan lorong lorong di seluruh negara untuk berdemonstrasi dan merusuh sehinggalah kerajaan dapat digulingkan.

P/S
Pssst! Dari kacamata penulis merumuskan pertikaian pendapat dan masaalah komunikasi diantara pemimpin pembangkang dan kader kader mereka juga adalah salah satu dari punca yang menyebabkan himpunan haram anjuran mereka ini gagal mencapai tujuannya. Ada banyak khabar khabar angin yang mengatakan pertelagahan dan pertelingkahan telahpun berlaku sejak dari himpunan pertama di Stadium Kelanajaya lagi. Namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Apa pun nanti beritanya, jika ianya betul dan tepat, sudah semestinya akan saya siarkan kelak.. 
SEKIAN DAN HARAP MAKLUM.

DARI;
SUARA  HATI










No comments: