Tuesday, July 9, 2013

DARAH MENGALIR DI BUMI MESIR

PERGOLAKKAN POLITIK MESIR KINI MERAGUT NYAWA.


PENYOKONG PENYOKONG PRO MORSI BERGELIMPANGAN DAN BERLUMURAN DARAH 
Parti politik terbesar Mesir, Ikhwanul Muslimin (IM) menganggap insiden berdarah pada awal pagi Isnin (semalam) sebagai pembunuhan beramai ramai dan perbuatan yang tidak berperi kemanusian serta mencabuli hak asasi manusia. Manakala di pihak tentera pula dalam kenyataan mereka mempertikaikannya dan mempertahankan tindakan anggota mereka melepaskan tembakan sebagai mempertahankan diri dari serangan 'pengganas'.

Apa pun ceritanya, lebih kurang 50 nyawa orang awam telah terkorban akibat terkena tembakan dan beratus ratus lagi mengalami kecederaan ketika kedua dua belah pihak bertempur di pinggir bndaraya Nasr. Pertempuran bermula selepas solat subuh didepan berek tentera yang dikawal ketat dan dipercayai dijadikan tempat penahanan Presiden Morsi sejak hari pertama beliau digulingkan.

Pertempuran ini menambahkan lagi titik hitam dalam sejarah Mesir, negara yang banyak melahirkan ilmuan ilmuan dan sarjana sarjana ulung dunia Islam. Keadaan semasa di Mesir kini penuh dengan ketegangan dan tidak menentu. Suasana yang sebegini sememangnya menghambat kehidupan rakyatnya yang rata ratanya hidup dibawah paras kemiskinan dan lebih perit lagi apabila umat Islam dinegara itu akan berpuasa di bulan Ramadhan sehari dua lagi.

Polarisasi politik di Mesir kini semakin meluas apabila parti parti politik berteraskan Islam yang pro Morsi dan parti parti sekular serta liberal saling bersaing mengadakan perhimpunan dan protes masing masing setiap hari dalam masa lebih seminggu sehingga memaksa pihak tentera menggerakkan sejumlah besar anggotanya mengawal jalan jalan dan tempat tempat strategik di Kaherah dan juga di beberapa bandaraya lain.


TAHRIR SQUARE MESIR

Manakala itu IM dalam reaksi mereka terhadap peristiwa berdarah itu menggesa rakyat Mesir bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh pihak tentera negara itu dan mengembalikan semula kuasa pemerintahan kepada Mohamed Morsi, Presiden Mesir yang dipilih melalui sistem demokrasi yang digulingkan oleh tentera negara itu. Beliau adalah pemimpin Mesir pertama yang dipilih melalui pilihanraya dan penggulingan beliau telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar rakyat negara itu yang menganggapnya zalim dan tidak demokratik.

P/S
Pssst! Marilah sama sama kita berdoa ke hadirat Illahi untuk saudara seagama kita di bumi Anbia itu semoga mereka tabah menghadapi dugaan dariNYA lebih lebih lagi kita akan berpuasa di bulan Ramadhan ini dimana keadaan kehidupan saudara seagama kita dibumi Anbia itu jauh lebih susah jika dibandingkan dengan kehidupan kita disini yang dilimpahi kesenangan dan kemewahan.

"Bismillahilrohmanilrohim.. Ya ALLAH.. Ya Tuhan kami! Limpahilah rahmatMU kepada bumi Mesir dan rakyatnya. Jadikanlah kehidupan mereka disana aman dan sejahtera  seperti yang kami nikmati disini.. Ya ALLAH! ENGKAU berikanlah kemenangan di pihak kami umat Islam".. Amin!..

DARI
SUARA HATI

No comments: