Sunday, September 15, 2013

KERANA 20 SEN.. APA NI BANG?


Konvoi Seret Motor PAS
Kah kah kah kah! Apa lagi yang boleh dikatakan kepada bakal pemimpin negara ini kalau bukan 'Bangang Abadi'!.. Kalau ya pun nak protes kenaikkan harga minyak tu buatlah cara yang molek sikit dipandang mata. Buat acara berbasikal ker! Acara jalan kaki ker! Ini apa ni main seret seret motor satu kilometer ni? Kenapa sejauh tu jer? kenapa tak 10 kilometer? Perbuatan sia sia yang langsung tidak membuahkan sebarang hasil mala tidak memberi kesan langsung kepada apa yang ingin mereka perjuangkan. Inilah bukti kelemahan parti akal singkat ini dalam menyampaikan agenda mereka. Cara yang mereka gunakan juga jelas menggambarkan betapa tahap intelektual mereka yang tidak menunjukkan ciri ciri seorang yang berkaliber dan berwawasan.

Ketua Pemuda PAS Kebangsaan
Selain daripada berdemo dan mengedar risalah dipintu masuk stadium semasa konsert Metallica, ini sajakah yang mampu dilakukan oleh KP PAS Pusat? Sebagai seorang pemimpin penting dalam sebuah parti sebesar PAS dia sepatutnya berkemampuan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan KP UMNO, DAP dan barisan pemimpin muda PKR, MCA, MIC dan juga Gerakan. Dia kelihatan tidak relevan langsung didalam hierarki kepimpinan tanah air apabila gagal dalam banyak hal dan sering bertindak diluar daripada kebiasan. Banyak sangat tindakan pelik yang dilakukannya sehingga mengundang ketawa dan pandangan sinikal dari rakyat jelata yang mengikuti perkembangan semasa politik tanah air.


Satu pemandangan yang menyedihkan
Adegan seret menyeret motosikal ini pada mulanya mengundang kelucuan admin dan ketawa sehingga mengalirkan airmata. Namun bila melihat kembali paparan paparan gambar yang terpampang di skrin komputer ini pada pagi semalam terdetik juga kesedihan di hati ini melihatkan kesanggupan segelintir saudara seagama memperbodohkan diri mempamerkan aksi buang masa ini. Tidakkah mereka fikir perbuatan sia sia ini tidak mendapat tempat dihati 2 lagi sekutu mereka? Mana PKR? Dimana DAP??. Tak jelas lagikah ada 'sesuatu' yang tak kena disitu! Sesuatu kebodohan yang enggan dikongsi oleh rakan rakan yang 'bijak' yang menganggap kuda tunggangan hanya berfungsi sebagai entiti tunggangan! Dan mereka yang menganggap bahawa 'tuan kuda' mempunyai kuasa mutlak keatas kuda tunggangan mereka!

PAS sepatutnya sedari dulu lagi sedar kerjasama mereka didalam pakatan haram yang tidak berdaftar itu hanya mempunyai satu fungsi sahaja iaitu sebagai kuda tunggangan. Dengan barisan kepimpinan yang sering mengeluarkan idea idea dan pandangan pandangan yang tidak berkualiti, pelik dan mengelirukan PAS seolah dibiarkan hanyut dan terumbang ambing didalam pakatan yang dihuni dan dipenuhi oleh oportunis dan gerombolan penyangak yang rakus menipu sana sini dan memutar belit apa saja fakta dan kebenaran untuk kepentingan survival sendiri.

Sudah sampai masanya PAS berhenti dari melakukan perkara perkara sensasi seperti ini yang jelas dan nyata kebodohannya. Sebelum anda bertindak atau mengambil sesuatu tindakan berfikir dan bermusawarahlah terlebih dahulu. Jangan bertindak melulu mengikut pe'el dan rasa syok sendiri yang mana kesannya nanti akan terpalit kepada orang lain kerana seagama. Jangan buat perkara yang boleh menyebabkan kaum Muslimin ditertawakan dan dilihat semacam kaum yang bodoh. Gunakanlah akal fikiran dan fikir secara mendalam sesuatu isu dan jalan penyelesaiannya bukannya bertindak melulu bodoh dan kelam kabut macam ni! Anda semua manusia terpelajar. Kamu mampu dan kamu boleh merubahnya demi Agama Bangsa dan Negara... SEKIAN 
ASALAMU'ALAIKUM!

DARI;
SUARA HATI ONLINE

No comments: