Monday, September 9, 2013

ANWAR BALUN KJ PASAL KABINET BAYANGAN?

YB Khairy Jamaludin
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaludin menyifatkan perbuatan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim yang membidasnya ekoran gesaannya supaya PR menamakan barisan Kabinet Bayangan mereka sebagai ANGKUH dan tidak perlu.

Menurut apa yang dinyatakan oleh beliau ketika berinteraksi melalui media sosial Twitter, beliau turut menjelaskan bahawa perkara itu (Kabinet Bayangan) juga adalah gesaan pengundi 'atas pagar' yang meminta supaya PR juga mempunyai barisan 'Kabinet' mereka sendiri.

Berikut adalah beberapa petikan yang diambil dari akaun Twitter beliau; 

"Kalau tak berani umum kabinet bayangan cakap sajalah. Tak payah bagi jawapan angkuh"

"Ramai pengundi atas pagar desak PR umum kabinet bayangan. Mungkin boleh biarkan permintaan saya, tapi bolehkah biarkan permintaan mereka?" jelas beliau.

Sebab mengapa DS Anwar begitu marah dengan gesaan supaya mengumumkan barisan kabinet bayangan PR tidak begitu jelas . Banyak persoalan dan tanda tanya yang menyelubungi pakatan haram itu selama kewujudan mereka. Bukan sahaja mereka gagal dalam menamakan kabinet bayangan mereka mala mereka juga nampaknya tidak mampu mengikut seperti apa yang sepatutnya dilakukan oleh pembangkang di negara yang mengamalkan sistem demokrasi ala Westminster iaitu membariskan senarai nama anggota 'kabinet' mereka sendiri.

Nampaknya pakatan dari beberapa parti politik pembangkang yang dihimpunkan didalam satu bumbung tidak begitu berfungsi sebagai satu pasukan dan kerjasama sesama mereka banyak yang tunggang langgang. Ideologi serta perjuangan yang berbeza seolah membawa mereka ke arah hala tuju masing masing. DAP dengan 'Chauvinist Kiasu'-nya, PAS dengan 'Negara Kebajikan' janji batu asas serta 'Kebajikan Tin Melo' mereka manakala PR pula dengan 'Reformasi Liberal' kalut dan kacau bilaunya.


Perdana Menteri 'Bayang Bayang' Malaysia
Perdana Menteri 'Bayangan' Malaysia DS Anwar Ibrahim begitu terasa dengan gesaan beberapa pihak yang mahukan PR menamakan Barisan kabinet bayangan Pakatan Rakyat. Beliau begitu tertekan mengenainya dan akan membidas serta memarahi sesiapa sahaja yang cuba untuk membangkitkan perkara ini.

Peristiwa terbaru yang membabitkan beliau dengan Menteri KBS adalah kemuncak kepada keresahan dan ketidak senangan beliau mengenai situasi semasa dalam pakatan pembangkang.

Umum mengetahui motif penubuhan dan kerjasama yang mereka jalinkan hanyalah untuk satu tujuan iaitu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Soal amanah tanggungjawab dan gerak kerja belum ada lagi dalam kerangka utama pakatan ini.

Selagi mereka masih belum berjaya dalam misi mereka menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional selagi itulah segalanya belum dapat mereka mulakan kerana fokus dan integriti mereka akan dikompromi oleh perbezaan perbezaan dan pertembungan prinsip dan ideologi sesama mereka. Ini termasuklah dalam bab menamakan barisan 'kabinet bayangan'.

Pssst! Baik bersara jelah wahai PM 'Bayang Bayang' Malaysia. Anda sudah tidak relevan lagi selepas beberapa kali gagal dalam cubaan anda untuk merasa bagaimana empuknya kerusi Perdana Menteri di Putrajaya. Penipuan demi penipuan skandal demi skandal yang engkau palitkan kepada rakyat dan negara ini terlalu sukar untuk diterima. Kami rakyat marhaen mungkin ramai yang tidak kisah untuk memaafkan kamu jika kamu jujur dan ikhlas untuk 'berhenti' dan bertaubat tetapi pernahkah engkau cuba untuk menghormati janji janji dan kata kata yang keluar dari mulut kamu sendiri? Selama ini pun apa yang kamu tunjukkan kepada semua orang hanyalah perkara perkara yang mengaibkan diri kamu sendiri. Seringkali kamu mengingkari dan membelot diri kamu sendiri dengan menipu dan berbohong dalam semua hal. Memperbodohkan sesiapa sahaja dan menganggap semua orang gagal berfikir dan membuat keputusan sendiri.

Adakah ini yang kamu panggil 'REFORMASI'? Sebenarnya apa yang kamu panggil reformasi itu adalah 'suara' dari dalam hati yang berteriak memanggil perubahan dan penghijrahan dari sesuatu perkara kepada sesuatu yang lebih baik.

Maka yang demikikian sebelum kamu melaungkan perkataan 'REFORMASI' lebih baik bagi kamu untuk kamu mengubah diri kamu sendiri terlebih dahulu. Kalau tidak, semua teriakan teriakan 'REFORMASI' yang keluar dari lubang suara kamu hanyalah suara suara sumbang yang bising dan mengganggu ketenteraman awam. SEKIAN!

DARI YANG SENTIASA IKHLAS
SUARA HATI ONLINE

No comments: