Sunday, August 11, 2013

LAGI UMAT ISLAM DIZALIMI.. KALI INI DI SRI LANKA

'TEGANG'

Gerombolan pelampau pelampau Buddha Sri Lanka telah menyerang sebuah masjid di kawasan Grandpass Area berhampiran dengan ibukota Colombo mengakibatkan sekurang kurangnya 5 orang cedera termasuk 2 anggota polis yang berkawal di masjid itu.

Beberapa buah rumah kediaman turut musnah dalam kejadian pada petang Sabtu dimana penganut Buddha dan umat Islam bertempur selepas serangan itu dan pihak keselamatan Sri Lanka kemudiannya mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan berkenaan.

Pada bulan lepas, gerombolan pelampau Buddha telah melancarkan beberapa siri serangan keatas pusat pusat perniagaan umat Islam dan Kristian di negara itu. Mereka juga turut menyerang kepentingan kepentingan lain yang berkaitan dengan Islam dan Kristian termasuklah guru guru agama dan paderi paderi yang mereka dakwah cuba menyebarkan ajaran agama mereka kepada penganut Buddha.

Ketegangan antara etnik di Sri Lanka berlaku sejak dulu lagi ketika perang saudara di negara itu yang menyaksikan puluhan ribu nyawa terkorban. Etnik Sinhalese yang beragama Buddha adalah merupakan kaum terbesar di negara itu. Mereka mewakili lebih dua pertiga dari keseluruhan 20 juta penduduk Sri Lanka. manakala 9 peratus daripada penduduknya adalah minoriti Islam yang kebanyakannya dari etnik Tamil dan selebihnya etnik Hindu dan Kristian.

Dewasa ini, apa saja yang berkaitan dengan Islam sering saja dijadikan punca pertikaian oleh pihak yang Islamophobic dan peristiwa di Sri Lanka juga merupakan salah satu dari cetusan kebencian yang merebak dari negara jiran Myanmar yang menyaksikan pembersihan etnik dilakukan oleh penganut Buddha terhadap etnik minoriti Rohingya.

Sami Sami Buddha juga banyak menyumbang kepada keganasan terhadap umat Islam di kedua dua negara tersebut. Mereka sering mendesak dan mengapi apikan sentimen anti Islam kepada penganut penganut agama Buddha dan menyeru mereka melakukan tindakan tindakan ganas dan tidak berperi kemanusiaan kononnya bagi melindungi mereka dari diIslamkan atau diKristiankan. Perbuatan yang sama sekali menyalahi hak asasi manusia sejagat.


PS;
Pssst! seringkali juga terlintas difikiran ini keinginan yang membuak buak untuk bertanya kepada Sami Sami Buddha dan penganut penganut agama itu di negara ini tentang 'kewajaran' dan rasionaliti perbuatan perbuatan ganas dan tidak berperi kemanusiaan yang komrad komrad dan rakan sama gaya sama rasa mereka di Myanmar dan Sri Lanka lakukan terhadap umat Islam disana. Adakah ini ajaran sebenar Buddha? Apakah kegunaan dan fungsi meditasi Sami Sami itu? untuk ketenangan kah? atau, untuk keamanan sejagat kah? Berdasarkan apa yang diri ini lihat dan perhati semuanya hanyalah kepalsuan dan kepura puraan. Mereka sebenarnya gagal melihat kebenaran dan tidak tahu apa itu kebenaran dan maksudnya. Mereka ini adalah dari golongan PENDUSTA...LAKNATULLAH....





.


 

No comments: