Tuesday, August 13, 2013

KECOH KERETA CM PENANG PARKING DI ZON LARANGAN...



WOW! Kecoh betul di alam maya malam ni (Selasa) pasal kereta rasmi Maha Tokong of Penang yang diletakkan sesuka hati di kawasan zon tunda di bandaraya Georgetown Pulau Pinang. 

Kesudahannya perbuatan yang tak bertanggungjawab ini telah menimbulkan rasa tidak senang rakyat jelata. Orang ramai telah meluahkan rasa meluat dan tidak puas hati mereka terhadap perbuatan yang melanggar undang undang ini. Apatah lagi ianya dilakukan oleh 'seseorang' yang telah mereka berikan mandat dan kepercayaan untuk memimpin mereka dan diamanahkan tanggungjawab yang besar untuk meneraju pucuk pimpinan negeri itu pada PRU13 yang lepas.

Perbuatan meletak kenderaan sambil lewa tanpa menghiraukan papan tanda amaran dan larangan di kawasan zon tunda amat tidak wajar dan ditakuti akan memberikan isyarat dan contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutama sekali generasi muda yang dahagakan teladan baik dari 'public figure' dan idola mereka.

Bayangkan jikalau perilaku buruk sebegini dijadikan ikutan orang ramai terutama sekali golongan muda. Apa akan terjadi jikalau semua orang pun turut ikut melanggar undang undang dengan alasan meniru perbuatan 'orang orang besar' (besar kepala)??? Takkah kelam kabut dan kacau bilau negara dibuatnya! Susah sangatkah untuk patuh pada peraturan dan undang undang?

Walau apa pun alasannya perbuatan besar kepala dan sombong seperti ini tidak sepatutnya ditunjukkan oleh sesiapa pun jua. ia jelas memberikan satu gambaran yang amat buruk terhadap keperibadian individu yang terlibat.

Kepada pihak yang terbabit, SILA tampil segera untuk memberi penjelasan yang munasabah dan boleh diterima akal kenapa kereta yang bernombor pendaftaran PG1 ini boleh diletakkan sesuka hati di kawasan larangan. Dan sila kemukakan peruntukan undang undang mana yang membolehkannya. Rakyat marhaen seperti kami perlu mengetahuinya.

Pssst! Bangang betullah orang yang melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama ini. Apa dia ingat ini negeri mak nenek dia punyakah dia boleh buat sesuka hati? Negara kita ada undang undang, patuhilah undang undang kalau betul anda seorang yang menghormatinya. Sebagai seorang warganegara negara ini kita diwajibkan mematuhi setiap undang undangnya pemimpin pun tidak terkecuali ADA FAHAMKAH! Lain kali kalau nak parking lu punya kereta lu kena tengok kiri kanan atas bawah depan belakang dululah untuk pastikan tempat tu boleh kah tak boleh nak parking.. Jangan main reda je macam anjing berak sana sini suka hati dia... INGAT TU..!

No comments: